Berita Hari Ini

Bunuh Kerat Lapan: Ibu, Anak Disemadi Bersama

MELAKA: Jenazah dua beranak yang dipercayai dibunuh dan mayatnya ditemui berselerakan di Kampung Ladang, Krubong di Melaka, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad tengah malam ini.

Kedua-dua arwah, Norfazera Bidin, 27, dan anak lelakinya Muhammad Iman Asraf, 11, dikebumikan kira-kira 12.10 tengah malam di Tanah Perkuburan Islam Bertam-Malim di Melaka, bersebelahan pusara bapanya.

Lebih 50 orang ramai, termasuk keluarga, saudara-mara dan kenalan hadir pada upacara pengebumian.

Terdahulu, kedua-dua jenazah yang selesai dimandi dan dikafankan di Jabatan Forensik Hospital Melaka, dibawa ke Masjid Al Faizin, Bertam-Malim untuk solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Sementara itu, kakak sulung arwah, Norhafizah, 33, ketika ditemui di jabatan forensik meluahkan rasa syukur apabila urusan pengebumian adik dan anak saudaranya dapat disempurnakan selepas kira-kira dua menunggu.

Harian Metro hari ini melaporkan, polis mengesahkan bahagian badan yang ditemui dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian dan ditemui berselerakan di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, 10 Oktober lalu adalah milik ibu dan anak.

Pasangan beranak itu adalah Norfazera Bidin, 27, dan anak lelakinya Muhammad Iman Asraf, 11, yang dipercayai dibunuh suaminya, warga Singapura.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, identiti kedua-dua individu berkenaan disahkan selepas pihaknya memperoleh keputusan rasmi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");