Berita Hari Ini

Bunuh Kerat Lapan: Warga Singapura Direman

MELAKA: Lelaki warga Singapura yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam di Kampung Ladang, Krubong, di Melaka, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga 18 Oktober terhadap lelaki berkenaan dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Syarina Shaarani@Tan.

Lelaki terbabit yang memakai baju lokap tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka 10.05 pagi sebelum dibawa keluar setengah jam kemudian.

Dia yang diiringi pegawai polis kelihatan tenang dan bersahaja.

Harian Metro kelmarin melaporkan, mayat individu dipercayai mangsa bunuh ditemukan dikerat sekurang- kurangnya lapan bahagian dalam kejadian di Kampung Ladang, Krubong, di sini, kira-kira 4 petang, Khamis.

Mayat mangsa dalam keadaan tanpa pakaian itu ditemukan berselerakan di kawasan semak.

Semalam, Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata, suspek ditahan dengan kerjasama polis Singapura, hasil maklumat risikan di tempat kejadian yang dipercayai rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");