Sukan Hari Ini

“Cenderahati Kali Ini Unik, Sesuai Dengan Jiwa Saya” – Dr. Zulkifli

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerima hadiah unik berupa jersi pasukan kegemarannya, Liverpool hasil pemberian oleh sepasang suami isteri.

Memetik laporan daripada artikel FOX Sports Malaysia, pemberian jersi pasukan dengan julukan The Reds itu sebagai cenderahati atas menyempurnakan majlis tahnik bayi kepada pasangan suami isteri tersebut di pejabatnya, pagi tadi.

“Kebiasaannya, pasangan yang datang membawa bayi mereka untuk ditahnik akan membawa cenderahati untuk Pejabat Mufti WP. Cuma, cenderahati kali ini agak unik dan cukup sesuai dengan jiwa saya.

“Terima kasih ya!” kongsi Dr. Zulkifli di laman sosialnya berserta dengan fotonya.

Zulkifii beberapa kali sebelum ini ada memuat naik hantaran yang memuji pemenang Liga Juara-Juara enam kali melalui media sosial dan beliau mengaitkan kehebatan pasukan kendalian Jurgen Klopp dengan isu semasa.

Diulang siar lebih 1,000 kali di Twitter setakat ini, hantaran yang turut dimuat naik ke Facebook hari ini mengundang reaksi warga maya khususnya penyokong Liverpool.

Namun, penyokong pasukan lain juga tidak kurang nakal usikan mereka.

“Kalau saya bawa jersey (jersi) Man United adakah tuan mufti sudi menerima? Kalau sudi janganlah dibuat lap kaki di rumah ya,” kata seorang pengguna Twitter.

“Ustaz, mohon doakan kawan saya. Teringin nak ada anak macam Mohamad Salah, kata Nabila Nadia merujuk penyerang terkenal The Kop.

“Nama baby Mo Salah ke Dr?” kata Yusri pula.

Pada masa ini, Liverpool mendahului Liga Perdana Inggeris dengan 25 mata tanpa sebarang kekalahan selepas sembilan perlawanan, enam mata mengatasi pencabar terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");