Perak Hari Ini

Dakwa Terima Wang Daripada Pembalak, 10 Keluarga Orang Asli Serah Pada SPRM

IPOH: Seramai 10 wakil keluarga masyarakat Orang Asli dari Kampung Lawai di Jalong Tinggi, Sungai Siput menyerahkan wang sagu hati berjumlah RM15,000 yang didakwa diterima daripada syarikat pembalakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, hari ini.

Pegawai Lapangan Persatuan Aktivis Sahabat Alam Malaysia (KUASA) Shazni Rashid berkata serahan wang tersebut juga sebagai tindakan untuk memohon agar SPRM negeri dapat menyiasat perkara berkenaan.

Katanya, pada 3 Oktober lalu, dua orang wakil penduduk, Halim Ngah dan Isnin Long telah menghadiri satu menyurat yang didakwa dihadiri beberapa pihak termasuk serta wakil syarikat pembalakan.

Jelasnya selepas menghadiri mesyuarat berkenaan, Halim dan Isnin mengadakan pertemuan dengan 30 keluarga Kampung Lawai dan menyerahkan wang berjumlah RM40,000 yang didakwa sebagai sagu hati daripada syarikat pembalakan.

Walau bagaimanapun menurutnya kesemua mereka menerima wang tersebut dengan rasa berat hati manakala sebahagiannya bertindak untuk memulangkannya semula.

“Dijanjikan kepada mereka ini untuk diberi wang sagu hati sebanyak RM80,000 untuk satu blok balak.

“Namun untuk kali pertama, hanya diberikan RM40,000 dan sekiranya projek itu disita oleh kerajaan negeri, syarikat pembalak tidak dapat memberikan wang selebihnya, katanya.

Jelas Shazni lagi, jumlah yang diterima oleh kesemua mereka dianggarkan sekitar RM50 sehingga RM470, setiap seorang.

Sementara itu, wakil penduduk Kampung Lawai, Mat Seri Pandak berkata pada Isnin baru-baru ini, beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara sama di Balai Polis Simpang Jalong.

Katanya pihaknya menentang segala bentuk projek pembalakan yang berlaku di kampungnya kerana ia dikatakan telah menganggu kawasan mata pencarian mereka selain akan mencemarkan Sungai Korbu yang menjadi sumber air utama kampungnya dan sekitar.

“Kita bantah ini kerana untuk kepentingan masyarakat Orang Asli di Jalong Tinggi. Jika projek itu berjalan, kita bimbang ia akan memberi hakisan tanah yang bakal mengakibatkan kejadian tanah runtuh,” ujarnya yang mendakwa pencerobohan tanah di Kampungnya telah berlaku sejak Julai

Mereka ditemui pemberita di luar perkarangan Bangunan SPRM Perak Meru Raya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mat Seri berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan terdapat beberapa wakil keluarga yang lain akan turut menyerahkan wang sagu hati tersebut kepada SPRM negeri pada masa akan datang.

Dalam pada itu, berhubung isu sama, Shazni berkata pihaknya masih belum memaklum kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk).

Pengarah JPNPk, Datuk Mohamed Zin Yusop ketika ditanya pemberita memaklumkan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan isu berkenaan.

“Saya tiada maklumat mengenai perkara itu dan pihak JPNPk akan menyemak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");