Berita Hari Ini

Fenomena Langit Ungu Gemparkan Penduduk Jepun

JEPUN – Tanda pangkah #prayforjapan kini trending di Twitter susulan penemuan fenomena luar biasa langit bertukar warna ungu berlaku di negara matahari terbit itu.

Fenomena itu dikaitkan dengan ribut taufan yang bakal melanda negara itu mengikut laporan agensi meteorologi Jepun.

Penduduk khususnya di Pulau Honhsu kini siap sedia menghadapi ribut dijangka tiba hari ini selepas sebulan taufan kuat melanda Jepun yang memusnahkan 30,000 rumah.

Taufan dikenali sebagai Hagibis itu mempunyai diameter saiz sebesar 1,400 kilometer dengan kelajuan selaju 240km/h, memetik World of Buzz.

Penduduk diminta supaya bersedia dengan ramalan ombak besar dan gelombang tinggi di kawasan mereka.

Pihak berkuasa di beberapa wilayah mengeluarkan nasihat berpindah dari kawasan berisiko termasuk yang padat dengan penduduk di daerah Tokyo, menurut stesen penyiaran NHK lapor Sinar Harian.

Memtik laporan Bernama pula, orang ramai yang ingin melancong ke Jepun dinasihati supaya menyemak jadual penerbangan dan merancang perjalanan ekoran taufan kuat yang dikenali sebagai “Hagibis” dijangka membadai Jepun di daerah Tokai dan Kanto termasuk Tokyo malam ini.

Ribut itu dijangka membawa hujan lebat, angin kencang dan air laut pasang dengan potensi risiko bencana alam, menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Kenyataan itu juga menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap di Jepun supaya berada di dalam rumah, sentiasa berwaspada dan memantau perkembangan terkini cuaca serta pengumuman agensi keselamatan awam mengenai taufan itu.

Dalam kes kecemasan, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menghubungi Pegawai Wisma Putra (24 jam) di 03-8887 4570, Kedutaan Malaysia di Tokyo +81 90 6423 9662, Tourism Malaysia (Tokyo) + 81 3 3501 8691 dan Tourism Malaysia (Osaka) +81 6 6444 1388.

Wisma Putra berkata Malaysia akan terus memantau keadaan dengan teliti.

Pihak berkuasa Jepun telah menasihatkan orang ramai yang berada dalam laluan taufan itu supaya membuat persediaan dan mengambil setiap langkah yang mungkin untuk memastikan keselamatan.

Perkhidmatan pengangkutan awam dan penerbangan di kawasan yang terjejas juga dijangka dibatalkan atau digantung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");