Perak Hari Ini

Galak NGO, Masyarakat Mendaya Upayakan Golongan Memerlukan-Ahmad Faizal

IPOH- Kerajaan negeri amat menggalakkan Bukan Badan Kerajaan (NGO) serta masyarakat mendaya-upayakan golongan yang kurang bernasib baik.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri tidak mahu berbangga apabila data menunjukkan bantuan yang diberikan kepada sebilangan golongan yang memerlukan mencatatkan jumlah peningkatan dari hari ke hari.

“Perkara ini menunjukkan bahawa kita gagal mendaya-upayakan mereka, usaha kita adalah untuk memastikan golongan ini mendapat pembelaan dengan memberikan kemahiran tambahan, bantuan dari segi pekerjaan, perniagaan dan sebagainya di mana pada akhirnya mereka dapat berdikari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita mengenai program-program ‘exit policy, selepas merasmikan Majlis Amal Hi-Tea Hati Ke Hati, di Meru, hari ini.


Terdahulu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Teduhan Kelana, Datin Normah Hanum Ibrahim dalam ucapan mengumumkan bahawa pihaknya berjaya mengumpul dana sebanyak RM120,000 bagi membantu golongan gelandangan di sekitar Bandaraya Ipoh.

Kata Ahmad Faizal, beliau berasa kagum kerana badan NGO tersebut telah berjaya mendirikan sebuah pusat untuk golongan gelandangan sejak empat tahun ditubuhkan.

“Pusat ini bukanlah sebuah rumah yang tetap, tetapi sebagai satu kawasan untuk golongan gelandangan membersihkan diri, beribadat dan jika perlu adalah untuk bermalam.

“Mereka juga menyediakan beberapa program seperti kaunseling, bantuan bimbingan agama malahan turut mencari jalan bagi mendayaupayakan golongan tersebut supaya mereka mampu berdikari,” katanya.

Katanya lagi, sumbangan yang diberikan amatlah bermakna kerana akhirnya tentu lebih banyak lagi syarikat-syarikat korporat akan membantu NGO seperti ini.

“Selain dari NGO ini, terdapat juga NGO lain yang mana digerakkan oleh sekumpulan sukarelawan yang sanggup mencari dana sendiri di mana ianya sangat baik disamping keterlibatan masyarakat dalam membantu pihak in

“NGO seperti ini juga tidak menunggu bantuan daripada kerajaan tetapi mengambil inisiatif sendiri bagi memastikan bandaraya ini menjadi lebih selamat dan baik kepada semua,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");