Berita Hari Ini

Genting Jual Kapal Layar Mewah Equanimity

KUALA LUMPUR: Kapal layar mewah yang dikaitkan dengan skandal rasuah berbilion dolar membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dilaporkan bakal dijual semula oleh pemiliknya sekarang.

Menurut BH Online, ,maklumat itu diperoleh berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh broker kapal layar berkenaan, Camper & Nicholsons.

Kapal layar Equanimity, yang kini dikenali sebagai Tranquility, ketika ini dimiliki pengendali pusat peranginan, Genting Malaysia Bhd (Genting), selepas membelinya dari Kerajaan Malaysia pada April lalu, pada harga AS$126 juta (RM527.09 juta).

Menurut pasukan penyiasat Amerika Syarikat dan Malaysia, kapal layar itu adalah antara aset yang didakwa dibeli oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan sekutunya, menggunakan wang milik 1MDB.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan oleh Camper & Nicholsons, kapal layar sepanjang 91.44 meter itu, menawarkan hiasan dalaman daripada marmar, kolam renang berukuran 20 meter persegi dan landasan untuk helikopter.

Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan harga yang ditawarkan kepada pembeli yang berminat memiliki kapal layar terbabit.

Malah, Camper & Nicholsons dan Genting enggan memberi sebarang maklum balas berhubung perkara berkenaan.

Pada masa sama, tidak diketahui sejak bila ia disenaraikan untuk dijual, namun, semalam, media melaporkan Genting menawarkan harga AS$200 juta (RM836.65 juta) kepada pihak berminat untuk membeli kapal layar itu.

Dalam pada itu, mereka yang berminat boleh menyewa Tranquility pada harga AS$1.43 juta (RM5.98 juta) seminggu. –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");