Perak Hari Ini

Harap Para ‘Bikers’ Jadikan Perak Sebagai Destinasi Pilihan – MB

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap agar kumpulan-kumpulan motosikal berkuasa tinggi dapat menjadikan Perak sebagai destinasi pilihan mereka bagi melakukan aktiviti bermotosikal.

Katanya, selain bersama ahli kumpulan, mereka juga boleh melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga masing-masing sambil menikmati keindahan yang terdapat di negeri ini.

“Saya berharap Perak akan menjadi destinasi bagi para ‘bikers’ untuk beriadah. Bukan sahaja dalam kalangan bikers malah mereka juga boleh datang bersama-sama keluarga menikmati keindahan yang terdapat di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada acara konvoi motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dari taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) sehingga ke Lost World Of Tambun.

Ia merupakan sebahagian daripada acara Perak Bikers Carnival 2019 yang diadakan selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata beliau menyambut baik program yang dianjurkan Persatuan Pelancongan Perak itu.

Katanya ia dilihat mampu merancakkan lagi promosi Bandaraya Ipoh kepada para pelancong.

“Tahniah kepada Persatuan Pelancongan Perak kerana berjaya mengumpulkan 2,5000 bikers daripada seluruh negara untuk berkampung di Ipoh sejak Jumaat.

“Hari ini kita mengadakan acara konvoi dari MAPS ke Lost World Of Tambun. Saya dapati seluruh rakyat khususnya di sekitar Ipoh berasa teruja dengan program ini.

“Saya berharap dengan penganjuran seumpama ini, ia akan dapat memperkenalkan lagi Bandaraya Ipoh kepada semua,” ujarnya.

Pada acara itu, Menteri Besar bersama-sama isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi tiba di perkarangan parkir Lost World Of Tambun dari MAPS hampir jam 10 pagi dengan menaiki skuter berkuasa tinggi.

Beliau yang lengkap berjaket hitam itu turut diringi sekitar 100 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang lain, bersama-sama para peserta Miss Cosmopolitan 2019 bersempena dengan International Ipoh Fashion Week (IIFW) 2019.

Difahamkan IIFW 2019 akan melabuhkan tirainya hari ini di Lost World Of Tambun.

Acara konvoi motosikal berkuasa tinggi itu turut dihadiri Presiden Persatuan Pelancongan Perak, Datuk Odzman Abdul Kadir; Pengurus Besar Lost World of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azahari serta Ketua Pegawai Eksekutif MAPS, Shafeii Abdul Gaffor

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");