Perak Hari Ini

Insiden Tanah Runtuh: MB Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga

IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Hanudin Bahazim yang disahkan terkorban berikutan insiden tanah runtuh di Batu Kurau.

Katanya, kerajaan negeri juga akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian dan mengambil langkah-langkah segera supaya kejadian tersebut tidak berulang.

“Kerajaan negeri mengambil maklum berhubung kejadian tanah runtuh melibatkan tiga rumah di Kampung Teras, Ijok dekat Batu Kurau lewat petang semalam.

“Bersama kita doakan agar keluarga mangsa dikurniakan ketabahan menghadapi  dugaan yang begitu berat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan anggota penyelamat serta jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang telah terlibat dalam Misi SAR dan membantu semua mangsa di lokasi.

“Semua jabatan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, PDRM telah menggerakkan Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang mangsa lelaki berumur 60 tahun yang dikhuatiri tertimbus manakala mangsa-mangsa lain yang cedera telah dihantar ke hospital,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");