Berita Hari Ini

Isu LTTE: Polis Tidak Harus Diganggu – Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian bahawa pihak polis tidak harus diganggu dalam usaha menyelesaikan siasatan mengenai kewujudan gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di negara ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, polis serta Kementerian Dalam Negeri harus diberi ruang secukupnya kerana isu itu melibatkan soal keselamatan di dalam negara.

“Saya berpendapat perlu diberi ruang kepada polis tanpa gangguan persoalan. Tapi kerana dikaitkan dengan SOSMA, saya tentu ada pendirian kerana dari awal kita bantah.

“?Tapi saya nak bedakan dua perkara ini tidak harus berikan apa apa permasalahan dalam siasatan ini. Dan lain-lain berkaitan dengan keganasan, kita tak boleh beri ruang sama sekali,” katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan sebagai berkata, beliau bersetuju dengan tindakan polis menahan beberapa individu, termasuk empat ahli DAP,  yang disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, jelas beliau lagi, mungkin ada akta lain yang boleh digunakan kerana beliau merasakan SOSMA terlalu ‘keras’ lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");