Panasnya Hari Ini

Itu Hanya Spekulasi – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan laporan beliau bakal calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor sebagai spekulasi.

Bekas Menteri Besar Johor itu turut berpendapat pemimpin dari kawasan Parlimen Tanjung Piai wajar diangkat sebagai calon bertanding dalam PRK itu pada 16 November ini.

“Itu spekulasi orang, saya sendiri berpendapat patut orang tempatan (Tanjung Piai) tanding,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Ditanya status quo MCA terhadap kerusi itu, Mohamed Khaled berkata Barisan Nasional (BN) akan memutuskan perkara berkenaan secara konsensus.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mohamed Khaled yang berasal dari Muar tewas di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, masing-masing dengan majoriti 24,726 dan 8,746 undi.

Berdasarkan laporan portal berita, Mohamed Khaled hampir pasti dinamakan sebagai calon BN, kali pertama seorang calon bukan MCA akan bertanding di kerusi Parlimen itu.

Laporan lain turut menyebut akar umbi UMNO Bahagian Tanjung Piai juga mahu kerusi itu diserahkan kepada Ketua Bahagian, Jefridin Atan walaupun ia adalah kerusi tradisi MCA.

Parlimen Tanjung Piai sebelum ini sering menyaksikan pertembungan antara MCA dan DAP sebelum DAP memberi laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada PRU-14.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi mengalahkan calon MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng yang meraih 20,731 undi dan Nordin Othman dari PAS memperoleh 2,962 undi.

Sebanyak 57 peratus pengundi di Tanjung Piai adalah Melayu, diikuti Cina (42 peratus), dan India (satu peratus).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");