Perak Hari Ini
Like

Jangan Jadikan Kesihatan Sebagai Isu Perkauman- Lee Boon Chye

October 5, 2019
295 Views
0 Comments
1 minute read
Jangan Jadikan Kesihatan Sebagai Isu Perkauman- Lee Boon Chye

IPOH- Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye menegaskan bahawa kesihatan bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan sebagai isu perkauman.

Katanya, kita tidak seharusnya membabitkan sebarang masalah kesihatan dengan isu perkauman kerana semua orang akan jatuh sakit malahan Kementerian Kesihatan (KKM) bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan orang ramai dalam meneriman rawatan.

Beliau mengulas demikian mengenai tindakan KKM yang menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah premis kesihatan iaitu DHA Healthcare Enterprise di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kata Boon Chye, serbuan yang dibuat keatas klinik tersebut mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) yang betul malahan tiada sebarang unsur kekerasan sepanjang serbuan.

“Serbuan dibuat kerana terdapat masalah dari pihak klinik sendiri dimana mereka tidak berdaftar sebagai Kemudahan Kesihatan Swasta walaupun telah diberi peluang untuk beroperasi, malangnya tetap gagal untuk berdaftar.

“Kita juga mendapati bahawa ada barangan yang dijual tidak berdaftar di bawah bahagian farmasi di mana perkara ini adalah dilarang di bawah akta berkenaan.

“Mereka tidak sepatutnya beroperasi sebagai sebuah klinik, jadi tindakan akan diambil sekiranya pihak mereka masih berkeras untuk terus beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Keperluan Khas Sepanjang Hayat di Hospital Fatimah, di sini, hari ini.

Seminar tersebut bertujuan membincangkan keperluan dan masalah terhadap kanak-kanak dalam meningkatkan keupayaan untuk menangani masalah dari segi rawatan serta program bantuan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.