Membawang Hari Ini

‘Janganlah Bersangka Buruk’ – Siti Sarah

PERKONGSIAN penyanyi terkenal, Siti Sarah di Instagram mengenai kunjungannya ke rumah anak yatim, Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dengan memberi sumbangan dan bersarapan mengundang rasa kurang senang netizen.

Menerusi komen ditulis seorang pengikutnya, individu itu mempersoalkan tindakan Sarah yang dianggap sengaja menunjuk-nunjuk.

Menurut Harian Metro, Sarah, 35, bagaimanapun membalas kritikan dan menasihati individu itu supaya tidak bersangka buruk.

“Bersedekah boleh buat secara terang-terang dan boleh buat secara senyap. Janganlah awak bersangka buruk sesama Muslim. Awak kena tahu setiap pergerakan kita baik atau buruk atas izin Allah,” katanya.

Berkongsi mengenai aktiviti yang dijalankan itu, Sarah meluahkan rasa syukur kerana dapat meraikan anak-anak di situ selain mengajarnya erti kehidupan.

“Demi Tuhan sukar untuk gambarkan rezeki kurniaan Allah buat saya. Saya diberikan peluang meluangkan masa bersarapan dengan anak-anak.

“Walaupun ada rasa sayu, tapi saya tenang dan seronok melihat gelagat mereka dan betapa ikhlas kasih sayang yang ditunjukkan buat saya.

“Melihat senyuman mereka dan tiap suapan dari jari mereka membuatkan saya bersyukur dengan erti sebuah kehidupan. Benarlah, hidup kita akan bahagia apabila selalu rasa bersyukur dan reda. Itu juga yang saya bisikkan pada hati sendiri dan tiga anak sarah Uwais, Thalita dan Mateen yang turut ikut sama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");