Perak Hari Ini

JPS Perak Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir

IPOH- Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak (JPS) berada dalam keadaan kesiap-siagaan yang tinggi dalam menghadapi banjir menjelang perubahan Monsun Timur Laut.

Pengarahnya, Datuk Ir Dr Ahmad Anuar Othman berkata, setakat ini pihaknya telah ada lebih dari 100 seliaan jana kuasa di mana setiap kawasan yang mengalami hujan akan mendapat maklumat.

“Dengan cara ini lebih mudah untuk kita mengetahui kadar hujan yang turun di sesuatu kawasan.

“Jika hujan turun pada kadar yang lebih lebat, kita akan memaklumkan kepada pihak berkuasa supaya mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja di Palazo Condominium, hari ini.

Tambah beliau, JPS serta pihak Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) juga telah bersedia dan berada dalam keadaan siap siaga yang tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

“Dengan kerjasama ini lebih mudah untuk kita memindahkan penduduk jika ada keperluan yang mendesak.

“Memang telah berlaku banjir kilat tetapi ianya berakhir dalam masa dua hingga ke tiga jam di mana air yang naik juga tidak begitu tinggi,” katanya.

Dalam perkembangan lain kata Ahmad Anuar, beliau amat menggalakkan pihak swasta untuk menggunakan sungai sebagai kawasan rekriasi di mana mengambil kira pembangunan rekriasi sebelum membangunkan bangunan.

Datuk Ir Dr Ahmad Anuar Othman bersama pihak Palazzo Development Sdn Bhd


“Pihak JPS tidak mampu untuk menjaga kesemua sungai yang ada, jadi dengan usaha syarikat swasta membangun serta mengindahkan sungai sangat dialu-alukan yang mana inisiatif ini dilihat sangat baik dengan adanya pembangunan menghadap sungai dan memelihara tebing sungai dengan baik.

“Pihak JPS berharap pada masa akan datang akan ada lebih banyak pembangunan menghadap sungai dari pemaju yang mana mampu menjadi sumberi rekriasi kepada masyarakat,” katanya mengenai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh pihak Palazzo Development Sdn Bhd salah satu anak syarikat Team Keris Berhad.

Tambah beliau, mungkin akan ada undang-undang yang lebih khusus supaya sumber air di negeri ini dapat dijaga dan dikawalselia dengan lebih baik

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");