Berita Hari Ini

Jual Bahan Lucah Di Telegram, Penoreh Getah Didenda RM8,000

PENOREH getah yang menjual kandungan lucah secara dalam talian menerusi aplikasi Telegram didenda sebanyak RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Menurut Harian Metro, Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman itu terhadap Ruziman Kamaruzaman, 27, selaku Orang Kena Saman (OKS) apabila mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkannya menjalani hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda terbabit.

Ruziman yang memakai baju warna biru dilihat tenang sepanjang prosiding itu.

Mengikut pertuduhan, Ruziman didakwa menggunakan aplikasi Telegram dengan nama ‘Man Ccm’ secara sedar menjual kandungan lucah secara dalam talian di sebuah rumah di Damansara Perdana, Petaling Jaya pada 12.34 tengah malam, 1 Julai 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Nazrul Nizam Mohd Zameri memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal atas alasan perbuatan dilakukan OKS mendatangkan malu kepada mangsa dan keluarga serta memudahkan berlakunya penularan kandungan lucah di media sosial.

“Pohon hukuman setimpal supaya OKS tidak mengulangi perbuatan ini lagi pada masa akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, OKS yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman yang ringan dengan alasan dia tidak mempunyai pendapatan tetap serta menanggung kedua ibu bapanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");