Sukan Hari Ini

‘Karier Saya Berisiko Untuk Tamat Lebih Awal’

“JIKA saya terlalu mengikut kehendak pihak tertentu… ia akan menambah tekanan selain karier saya berisiko untuk tamat lebih awal.” Itu reaksi spontan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin ketika ditanya mengenai kesediaannya menyarung jersi skuad senior negara ke Sukan SEA dan kejohanan lain.

Menurut Harian Metro, Luqman yang ditemui pada perlawanan persahabatan menentang Taiwan baru-baru ini, sedar banyak pihak yang mengharapkan dia beraksi di pentas lebih tinggi atau terus ‘melompat’ ke skuad senior pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, ketika ini dia lebih gemar menumpukan aksi kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Kemboja yang bermula Sabtu ini daripada memikirkan mengenai peranannya bersama skuad senior.

“Jika dipanggil atau diberi peluang bersama skuad lebih senior, saya tetap memberikan komitmen namun secara jujurnya, saya lebih suka jika tidak terpilih membarisi senarai 23 pemain ke Sukan SEA.

“Banyak perkara yang perlu saya pelajari dan lebih baik saya bermain mengikut peringkat daripada terus melompat bersama skuad senior.

“Ramai yang mengharapkan saya ke peringkat lebih tinggi namun tunggulah dulu dan lebih baik saya beri tumpuan pada kejohanan yang sedang berlangsung sekarang ini,” katanya.

Pelbagai pihak termasuk bekas pemain kebangsaan era 70an, Datuk M Karathu menggesa supaya Cheng Hoe memanggil Luqman bagi menggantikan Norshahrul Idlan Talaha di jentera serangan dan gesaan itu hadir selepas melihat aksi hambar penyerang negara khususnya dari aspek kelajuan dan kepantasan hingga menyebabkan setiap gerakan mudah dipatahkan pertahanan lawan.

Luqman juga mungkin dipanggil menjalani latihan bersama 40 pemain lain untuk Sukan SEA hujung tahun ini.

Sementara itu, Luqman berkata, antara perkara yang paling dibimbangi jika dia terlalu memaksa diri beraksi di peringkat lebih tinggi adalah kecederaan yang akan membantutkan perkembangan karier atau lebih buruk lagi memadam terus prestasinya pada masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");