Sukan Hari Ini
Like

Kedah Sah Mara Final

October 28, 2019
259 Views
0 Comments
2 minutes read
Kedah Sah Mara Final

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) tampil mempertahankan keputusan aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Pahang dan Kedah di Stadium Darul Makmur kelmarin dengan menjelaskan kemaraan skuad Lang Merah ke pentas final adalah tepat dan mengikut peraturan pertandingan.

Menurut Harian Metro, menerusi satu kenyataan media semalam, MFL sedar berlakunya kekeliruan sesetengah pihak berhubung peraturan itu susulan kemenangan Kedah menerusi agregat 8-8 ke atas Tok Gajah.

Pada perlawanan separuh akhir kedua itu, kedua-dua pasukan terikat 5-5 selepas beraksi selama 120 minit permainan termasuk 30 minit masa tambahan.

“Untuk makluman, berdasarkan Peraturan Pertandingan Liga Malaysia di bawah artikel 6.4 Dalam Pertandingan Kalah Mati (2) pusingan atau Perlawanan Akhir yang diadakan secara timbal balik, maka penentuan pemenang atau pasukan teratas selepas keputusan penuh masa perlawanan pusingan kedua hendaklah mengikut susunan seperti berikut iaitu pertama; pasukan yang mendapat jumlah mata terbanyak (jika sama).

“Kedua; pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak (jika sama), ketiga; pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak (jika sama).

“Seterusnya keempat; jaringan gol di venue lawan dikira berganda (jika sama); kelima keputusan perlawanan masa tambahan jika seri, keenam; jaringan gol di venue pihak lawan selepas masa penuh tambahan dikira berganda (jika sama) dan terakhir; pasukan yang menang sepakan dari tanda penalti mengikut Undang-Undang FIFA.

“MFL selaku badan penganjur pertandingan bertanggungjawab dalam menetapkan sesuatu peraturan berdasarkan ‘FIFA law of the games’ dan ‘FIFA rules & regulation. Ini bukan peraturan baharu yang di kuatkuasakan kerana ia sudah diguna pakai sejak 2010 termasuk membabitkan perlawanan Piala FA dan Challenge Cup,” kata kenyataan itu.

Malah menurut MFL lagi, peraturan berkenaan juga sudah diketahui lebih awal oleh semua pasukan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.