Berita Hari Ini

Kerajaan Perkenal Kategori Cukai Pendapatan Baru Bagi Golongan Mewah

Kerajaan akan memperkenalkan kategori pendapatan baru bagi golongan yang mempunyai pendapatan boleh cukai melebihi RM2 juta setahun.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kategori cukai pendapatan baru, yang diumumkan di bawah Bajet 2020, akan berkuatkuasa bagi tahun kewangan akan datang.

“Bagi memastikan struktur cukai pendapatan yang lebih progresif, banjaran (kategori) baru bagi pendapatan bercukai melebihi RM2 juta akan diperkenalkan dan dikenakan cukai pada 30 peratus iaitu kenaikan dua peratus daripada kadar 28 peratus sedia ada.

“Kenaikan ini akan hanya memberi kesan ke atas kira-kira dua ribu orang berpendapatan tinggi di negara ini,” katanya di Dewan Rakyat ketika membentangkan Belanjawan 2020 petang tadi.

Golongan yang berpendapatan antara RM1 juta dan RM2 juta masih akan membayar kadar cukai sebanyak 28 peratus.

Sebelum ini, golongan yang memperolehi lebih daripada RM2 juta dianggap dalam kategori yang sama seperti pendapatan antara RM1 juta.

Lim berkata dalam usaha untuk meningkatkan kutipan cukai, kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) kepada semua individu yang mencecah usia 18 tahun bermula 2021.

“Untuk memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan lancar, sesi libat urus akan diadakan dengan pihak berkepentingan pada tahun hadapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");