Berita Hari Ini

Kerajaan Tak Akan Perkenalkan Semula GST

Jelasnya, ia bagi menghormati kehendak rakyat pada PRU ke-14 yang menolak pelaksanaan sistem cukai tersebut.

“Bagi sebagai menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum tahun lalu. Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula GST,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat petang ini.

Sementara itu, Lim berkata dengan penggantian sistem GST ke dengan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerajaan berjaya mengawal kadar inflasi pada tahap terendah.

“Dengan menghapuskan GST pada kadar 6 peratus Jun 2018 dan digantikan dengan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September 2018, kadar inflasi negara telah berkurang ke tahap terendah sejak 2007.

“Bagi tahun 2019, kadar inflasi dijangka pada 0.9 peratus,” katanya.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji keperluan memperkenalkan semula sistem GST sekiranya itu kemahuan rakyat.Selain itu, Lim juga berkata pelaksanaan semula GST hanya boleh dibuat jika ada “bukti yang tidak dapat dipertikaikan” rakyat memang mahukan sistem cukai itu dikembalikan.

PH dalam manifestonya sebelum ini berjanji untuk menghapuskan GST yang dilaksanakan pada 1 April 2015 dan menggantikannya kepada sistem percukaian yang lama iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus.

Untuk rekod, GST menyumbang kira-kira RM44 bilion daripada pendapatan negara berbanding SST yang menyumbang kira-kira RM22 bilion GST dan SST memang berbeza iaitu pendapatan SST (setahun) dalam RM22 bilion manakala GST RM41 bilion.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");