Berita Hari Ini
Like

Kerajaan Tidak Pengaruhi Keputusan Pelaburan KWSP

October 31, 2019
345 Views
0 Comments
1 minute read
Kerajaan Tidak Pengaruhi Keputusan Pelaburan KWSP

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bebas apabila berkaitan membuat keputusan pelaburan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias.

Beliau berkata KWSP yang disenaraikan sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) boleh menimbulkan salah tanggapan bahawa kerajaan mungkin mempengaruhinya dari segi membuat keputusan pelaburan.

“Tidak, kerajaan tidak mempunyai pengaruh dari segi cara kami menjalankan perniagaan kami,” katanya pada Sidang Kemuncak Korporat Permodalan Nasional Bhd (PNB) di sini, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Tunku Alizakri merupakan ahli panel pada sidang kemuncak tersebut.

Beliau berkata KWSP selama ini telah membuat banyak keputusan pelaburan untuk kebaikan ahli-ahlinya.

Tunku Alizakri turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan penggiat swasta untuk saling melengkapi antara satu sama lain untuk kepentingan negara.

“Penggiat swasta perlu memberi tumpuan kepada menjana wang, yang merupakan kepakaran mereka. GLC perlu lebih daripada itu dalam merancang untuk tempoh jangka panjang, menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk memastikan pertumbuhan Malaysia,” katanya.

Sidang kemuncak selama sehari yang diadakan buat julung kalinya bertemakan, “Rebooting Corporate Malaysiaā€¯, dihadiri kira-kira 500 peserta untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan sektor korporat, seperti keperluan kepada pemodenan dan transformasi.

Komen & Pendapat

Comments are closed.