Perak Hari Ini

KKM Akan Ambil Tindakan Terhadap Penjual Cecair Vape

IPOH- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap penjualan cecair vape yang mengandungi bahan nikotin di dalamnya.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan usaha dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyekat sebarang penjualan rokok elektronik tersebut di atas talian.

“Pihak KKM mengambil berat berkenaan iklan atas talian dan amat mengalukan usaha sama ini supaya MCMC dapat menyekat penjualan vape secara atas talian.

“Kanak-kanak merupakan golongan yang menjadi sasaran untuk membeli barangan ini jika ianya masih berleluasa dan tiada sebarang sekatan dari mana-mana pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Keperluan Khas Sepanjang Hayat di Hospital Fatimah, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, KKM dengan kerjasama MCMC turut akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menjual cecair vape di mana terdapat kandungan nikotin di dalamnya.

“Usaha berterusan akan dilakukan kerana perkara ini adalah di larang kerana sebarang persediaan yang mengandungi nikotin adalah racun yang dikawal mengikut Akta Racun 1952,” katanya.

Dalam perkembangan lain katanya, KKM telah menetapkan bahawa sebarang jenis notis larangan merokok dibenarkan di kedai-kedai makan dan diberikan kelonggaran.

“Tiada tindakan undang-undang akan diambil kepada pemilik kedai makan walaupun sebelum ini ada laporan mengatakan bahawa mereka perlu menunjukkan notis larangan merokok yang standard,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");