Sukan Hari Ini

Klopp Bidas Taktik Bertahan United

MANCHESTER: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bingung dengan taktik bertahan Manchester United serta gol kontroversi yang disahkan sistem VAR sekali gus meragut peluang juara Eropah itu menambah rekod kemenangan di Liga Perdana Inggeris selepas terikat 1-1 di Old Trafford, tengah malam tadi.

Menurut BH Onlina yang memetik laporan AFP, jaringan kontroversi Marcus Rashford membolehkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer mendahului 1-0 pada babak pertama, tapi mereka tidak dapat bertahan apabila membiarkan Lallana yang masuk sebagai pemain gantian tidak dikawal lalu menemui gawang lima minit sebelum masa tamat.

Liverpool kini enam mata di depan Manchester City dan kekal di tangga teratas namun hampa untuk terus memastikan United terus tenggelam di tangga ke-13 dengan dua mata lagi ke zon penyingkiran.

“Sekali lagi keputusan tidak menyebelahi kita. Prestasi kami di separuh masa pertama amat bagus,” kata Klopp, yang jelas tidak gembira dengan keputusan VAR tidak membatalkan gol Rashford selepas menyaksikan Divock Origi dikasari oleh Victor Lindelof sebelumnya.

“Saya 100 peratus yakin VAR akan menukar keputusan itu,” katanya. “Pengadil membenarkan gol itu kerana dia merujuk VAR tapi kemudian VAR mendapati ia situasi ‘kurang jelas’ maka kami bolehkan katakan ia adalah kesalahan. Isu VAR harus ditangani buat masa ini.”

Kedua-dua pasukan terhebat liga Perdana itu tidak dapat memperagakan corak pemainan sebenar mereka.

Bagaimanapun, skuad kendalian Solskjaer berjaya bangkit dengan menukar formasi 3-5-2 sekali gus berkesan mengekang pergerakan pemain sayap pelawat untuk mencipta lebih banyak peluang.

“Ketika kami berkunjung ke sini tahun ini, tahun lalu dan tahun sebelumnya, mereka hanya bertahan, ini bukan nak mengkriktik, ia adalah fakta,” kata Klopp.

“Dengan kualiti yang mereka miliki, tapi dengan gaya permainan sebegitu, ia amat sukar, ini bukan alasan, kami perlu melakukan lebih baik lagi.

“Kami adalah pasukan yang lebih baik dan orang ramai tahu cara mereka mengekang kami.”

United gagal menjaringkan gol dalam dua pertemuan terakhir liga namun berjaya meledak untuk gol pendahuluan meskipun mereka juga bertuah tidak dibolosi lebih banyak gol malam tadi.

Sejurus Lindelof dan Origi bertembung, hantaran lintang Daniel Jame disambar Rashford untuk menewaskan Alisson.

“Bukan kesalahan,” kata Solskjaer apabila ditanya mengenai sama ada ia kekasaran dilakukan Lindelof.

“Ini bukan bola keranjang, dia memang disentuh tapi ia tidak jelas saya tidak fikir ia adalah satu kekasaran.”

United kini memanjangkan lagi permulaan musim terburuk mereka sejak 33 tahun dan hanya dua mata di atas zon penyingkiran namun Solskjaer berharap satu mata yang diraih malam tadi mampu kembali menyuntik kebangkitan.

“Saya terkejut juga gagal bercakap mengenai kemenangan selepas berada di sini, tapi prestasi pemain adalah postif,” kata Solskjaer.

“Satu mata ini adalah permulaan segala-galanya. Kami pelu mencari mata kemenangan.”

Liverpool turut hampa hampa apabila jaringan Sadio Mane yang diharapkan sebagai gol penyamaan dibatalkan selepas VAR mendapati bola terlebih dulu terkena tangan pemain Senegal itu.

Klopp cuba mengubah situasai namun gagal mengubah rentak serangan di babak kedua tanpa dapat mencipta banyak peluang menjaringkan gol susulan taktik bertahan United.

Tambahan pula mereka kehilangan khidmat pemain Mesir, Mohamed Salah yang masih cedera buku lali.

Bagaimanapun, Lallana, yang dimasukkan 20 minit sebelum masa tamat berjaya menemui sentuhan dengan menyambar hantaran Andy Robertson sekali gus mencerahkan peluang memburu kejuaraan musim ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");