Membawang Hari Ini

Konsert M Nasir Tambah Satu Malam Lagi

KUALA LUMPUR: Konsert M Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan yang bakal berlangsung pada 23 November ini, ditambah satu malam lagi bagi memenuhi permintaan ramai.

Penganjur konsert, Shiraz Projects Sdn Bhd berkata, tiket persembahan malam kedua pada 24 November itu akan dijual mulai jam 10 pagi, esok.

Mengulas perkara itu, Datuk M Nasir mengakui, terkejut dengan sambutan menggalakkan yang diberikan peminat terhadap konsert yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Alhamdulillah, atas permintaan ramai, penganjur bersetuju menambah satu lagi malam persembahan. Mungkin kerana peminat sudah lama tidak menyaksikan konsert solo saya, jadi ramai enggan melepaskan peluang itu.

“Sebelum ini, ramai yang sedih dan mengeluh apabila tiket konsert habis dijual. Saya berharap, persembahan selama dua malam itu akan meninggalkan kenangan manis bagi meraikan 40 tahun perjalanan saya dalam industri muzik,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Mengulas persiapan menjelang konsert itu, komposer tersohor itu berkata, setakat ini, mereka sudah mengenal pasti senarai lagu yang bakal dipersembahkan.

“Selain lagu popular dan sentuhan yang menterjemahkan perjalanan karier saya sepanjang empat dekad, ada juga lagu penyanyi lain yang saya hasilkan bakal dinyanyikan dalam versi sendiri,” katanya.

Minggu lalu, penyanyi yang mendapat jolokan sifu industri muzik itu menerusi laman Twitter, mengumumkan tiket konsertnya habis terjual, sekali gus membuatkan sebilangan besar peminat hampa.

Maklumat mengenai penjualan tiket boleh didapati menerusi laman web: www.myticket.asia atau menghubungi talian hotline 012-2560082.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");