Perak Hari Ini

Lapan Projek Penyelenggaraan Jalan Dan Longkang Di Kerian Dijangka Siap Hujung November

PARIT BUNTAR: Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) memperuntukkan dana sebanyak RM 3 juta bagi lapan projek yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan longkang sekitar Daerah Kerian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata kesemua kerja-kerja terbabit telah pun dimulakan pada pertengahan bulan ini dan ia dijangka siap sepenuhnya pada penghujung November ini.

Katanya kerja-kerja tersebut juga merupakan susulan aduan daripada warga setempat kepada beberapa saluran seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), para Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan media sosial.

“Susulan daripada kesemua aduan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun mengkaji lapan kawasan ini dan hari ini tindakan menaiktaraf kawasan itu telah pun dilaksanakan dengan peruntukkan keseluruhan dari Marris berjumlah RM 3 Juta.

“Kesan daripada projek-projek ini, ia dijangka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi antaranya isu kemudahan parkir dan masalah banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan seperti di Kuala Kurau akibat dari sistem saliran yang bermasalah,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika meninjau projek menaiktaraf longkang di Batu 14,Jalan Pantai, Kuala Kurau, disini, petang tadi dan ia turut dihadiri Jurutera JKR Kerian, Ir. N. Kuganeswaran.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Yunus menegaskan bahawa satu kajian telah dibuat oleh JKR bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di Jalan Bagan Serai – Selama.

Dilaporkan laluan tersebut masih lagi ditutup semenjak 21 Oktober lalu.

“Berkenaan penyelesaian jangka masa panjang di jalan yang sering berlaku banjir di sini, terdapat cadangan pembinaan jejantas ‘double track’ sepanjang 1 hingga 1.5 kilometer dengan kos anggaran RM 50 juta.

“Namun perkara itu masih dalam peringkat cadangan dan masih lagi dikaji kesesuaiannya,” ujar beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");