Membawang Hari Ini

Laporan Polis Dibuat Kerana Mesej Ugutan, Bukan Isu Kulit Gelap – Ibu Haneesya

KUALA LUMPUR – Tiada kaitan dengan isu kulit gelap, sebaliknya laporan polis yang dibuat ibu kepada pelakon Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda baru-baru ini adalah kerana ugutan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik Haneesya menerusi Twitternya baru-baru ini, ibunya menjelaskan bahawa mereka membuat laporan polis kerana menerima mesej berbaur ugutan selain penggunaan gambar pelakon itu tanpa izin dengan niat menghina.

“Saya buat laporan polis supaya tiada ada lagi fitnah. Laporan ini tiada kaitan sama sekali dengan isu kulit gelap.

“Satu laporan dibuat berkenaan mesej berbaur ugutan dalam Facebook saya, sementara dua lagi laporan daripada akaun laman sosial Haneesya sendiri.

“Akaun-akaun itu mengambil gambar Haneesya tanpa izin dan mengaibkan dia. Tidak ada isu langsung tentang kulit gelap. Selama ini kalian hina dia dengan gelaran binatang dan babi, tetapi saya tidak buat apa-apa tindakan pun,” katanya, sebagaimana dilaporkan Kosmo Online.

Terdahulu, tindakan Nor Sakuraneeda yang membuat laporan polis disalah erti ramai pihak yang mengandaikan ia berkaitan dengan isu tuntutan permohonan maaf Haneesya kepada beberapa individu yang menghina warna kulitnya.

“Selama ini saya tidak pernah ambil sebarang tindakan. Tetapi apabila saya bersuara untuk anak saya, saya dipijak.

“Saya pelihara dia selama 19 tahun sendirian tanpa bantuan sesiapa. Teruskan hina kami dan anak yang saya lahirkan.

“Kepada sesiapa yang menyokong kami, jemput hadir ke PPR Pudu, Kuala Lumpur sempena majlis doa selamat dan kempen anti buli pada 12 Oktober ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");