Berita Hari Ini
Like

Lebih RM4 Bilion Tanah Kerajaan Persekutuan Dijual Kerajaan Terdahulu – Guan Eng

October 9, 2019
161 Views
0 Comments
1 minute read
Lebih RM4 Bilion Tanah Kerajaan Persekutuan Dijual Kerajaan Terdahulu – Guan Eng

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik kerajaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menepis dakwaan sesetengah pihak.

Sebaliknya, katanya, lebih RM4 bilion tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual oleh kerajaan terdahulu antara 2010 dan 2017.

“Malah, kebanyakan penjualan tanah milik kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut melampirkan data, yang menurutnya jelas membuktikan, sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei 2018, tiada tanah milik Kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.

Lim berkata, para pemimpin pentadbiran lalu terus-menerus menuduh Kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan.

Dakwaan ini, katanya, perlu dihentikan kerana ia tidak berasaskan fakta.

Sebaliknya, mereka seharusnya mengakui bahawa ia merupakan satu amalan lazim kerajaan yang mereka anggotai dahulu, tambahnya.

Beliau turut menekankan, urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan-teras dan bukan-kritikal aset negara adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri lapor Astro Awani.

“Ia bertujuan mengimbangkan kembali portfolio kerajaan dan menjajarkan kembali peranan sektor awam,” kata Lim.

Komen & Pendapat

Comments are closed.