Berita Hari Ini

Letak Calon MCA Bukti UMNO Tak Tamak Kuasa

PONTIAN – Pemuda UMNO Johor menyambut baik keputusan pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mencalonkan kembali Datuk Wee Jeck Seng daripada MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Hairi Mad Shah berkata, pemilihan Jeck Seng dilihat sebagai cara terbaik bagi menutup mulut pengkritik khususnya pihak lawan yang sebelum ini melabelkan UMNO sebagai tamak dan rasis.

“Bagi Pemuda UMNO Johor, siapa saja yang dipertaruhkan pucuk pimpinan parti, jentera Pemuda akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon BN.

“Ini komitmen kami dan Pemuda Johor akan menggerakkan seluruh jentera bagi membantu kemenangan Jeck Seng (Datuk Wee Jeck Seng),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hairi berkata, Pemuda UMNO Johor juga percaya keputusan ini dibuat secara konsensus atas dasar semangat kekeluargaan parti berbilang kaum dalam BN yang terjalin sejak sekian lama.

“Kami percaya keputusan ini dibuat secara hikmah dan penuh kebijaksanaan oleh pucuk pimpinan. Paling penting bagi Pemuda UMNO Johor dan komponen BN yang lain termasuk rakan baharu kita iaitu Pas adalah kemenangan.

“Ia sekali gus bagi membolehkan BN memberi isyarat kepada kerajaan kini bahawa rakyat sudah mula menolak pentadbiran mereka,” katanya.

Katanya, PRK Tanjung Piai ini juga akan dijadikan platform oleh BN untuk mendedahkan satu demi satu kepincangan kerajaan PH (Pakatan Harapan) bermula dengan manifesto yang tidak dilaksanakan, penipuan terhadap rakyat dan keadaan ekonomi kini memetik laporan Sinar Harian.

“Pengundi Tanjung Piai tidak akan melihat sama ada calon itu daripada UMNO mahu MCA, sebaliknya mereka akan melihat kepada logo BN yang diyakini dan terbukti membela nasib rakyat sejak zaman berzaman.

“Kita sedar PH amat memerlukan kemenangan di Tanjung Piai namun yakinlah bahawa tiada laluan mudah buat PH di Tanjung Piai. Pengundi di Tanjung Piai tidak akan membiarkan mereka terus ditipu PH dan ini juga akan menjadi gelanggang kebangkitan rakyat menolak rejim PH,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");