Berita Hari Ini
Like

Lim Kit Siang Persoal Apa Keperluan Universiti Awam Anjur Kongres Maruah Melayu

October 5, 2019
340 Views
0 Comments
2 minutes read
Lim Kit Siang Persoal Apa Keperluan Universiti Awam Anjur Kongres Maruah Melayu
Menjelang Kongres Maruah Melayu (KMM) pada Ahad ini, penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan apa keperluan beberapa universiti awam menganjurkan acara itu.

Dalam masa sama, Kit Siang juga bertanya apakah Pusat Pengajian Kecemerlangan Universiti Malaya dengan kerjasama bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UiTM sanggup  menganjurkan kongres yang sama untuk meningkatkan maruah kaum lain di negara ini.

“Adakah empat universiti awam ini sanggup menganjurkan Kongres Maruah Cina Malaysia, Kongres Maruah India Malaysia, Kongres Maruah Kadazan Malaysia, Kongres Maruah Dayak Malaysia, Kongres Maruah Orang Asli Malaysia dan yang paling penting, Kongres Maruah Rakyat Malaysia?

“Martabat bagi rakyat Malaysia adalah jika setiap kumpulan etnik dan agama di Malaysia menikmati maruah masing-masing – yang selari dengan prinsip asas dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukunegara,” kata Kit Siang dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat lapor Astro Awani.

Kongres itu anjuran Pusat Pengajian Kecemerlangan Universiti Malaya dengan kerjasama bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UiTM. Ia bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Ahad ini.

KMM akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Malawati, Shah Alam pada Ahad ini.

Antara pemimpin yang dijangka hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala rombongan UMNO pula akan diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa.

Dijangka 20,000 orang dari pelbagai latar belakang akan menghadiri kongres yang akan bermula pukul 8 pagi.

Penganjuran KMM akan menyaksikan Universiti Malaya mengendalikan persoalan politik, Universiti Teknologi Mara (ekonomi), Universiti Pendidikan Sultan Idris (pendidikan) dan Universiti Putra Malaysia pula akan menumpukan isu kebudayaan serta agama.

Komen & Pendapat

Comments are closed.