Perak Hari Ini

“Mak Cik Dah Tak Larat Randuk Banjir Tiap Tahun…”

BAGAN SERAI- Mangsa banjir dari Kampung Batu 40, Bukit Merah, dekat sini memohon agar dapat memiliki sebuah kediaman baharu ekoran tidak tahan dengan kejadian banjir yang berlaku saban tahun sehingga menjejaskan kediaman asal.

Akibat daripada musim tengkujuh, Arpiyah Bayan, 75 berkata rumahnya kini sedang digenangi air setinggi 0.7 meter.

Katanya dia tidak sanggup lagi berdepan kejadian tersebut berikutan faktor umurnya selain turut mengalami masalah penglihatan yang sudah tentu menyukarkannya untuk bergerak apabila rumahnya dinaiki air.

“Dapat rumah di Pusat Pemindahan Masyarakat Setempat (PPMS) Batu 40 pun jadilah . Dah tak tahan meranduk banjir tiap-tiap tahun”,” luahnya.

Arpiyah merupakan antara 45 penduduk daripada 10 keluarga dekat sini yang kini dalam keadaan berjaga-jaga dan hanya menanti masa untuk dipindahkan berikutan perkampungan mereka dinaiki air semenjak Isnin lalu.

“Daripada makcik muda sampailah sekarang, kediaman makcik sering dinaiki air dan sudah banyak kali makcik menjadi jadi mangsa banjir.

“Lihatlah kedalaman air di halaman rumah, makcik dan keluarga sudah tak larat hendak meranduk air setiap kali hujan lebat, “katanya.

Ekoran itu, menurutnya lagi, dia bersama empat anak termasuk dua anak kelainan upaya (OKU) amat mengharapkan rumah bantuan sekurang-kurangnya rumah di PPMS.

Arpiyah berkata demikian ketika ditemui pemberita dekat sini selepas menerima sumbangan daripada pihak Parlimen Bagan Serai yang diserahkan Ketua Bahagian Bersatu Bagan Serai Kamaruzaman Arshad.

Difahamkan, Isnin lalu Arpiyah serta beberapa buah keluarga di kampung sama telah dipindahkan ke surau kampung itu berikutan kediaman mereka dinaiki air selain enggan berpindah ke PPS Changkat Lobak atau SK Parit Haji Aman berikutan lokasi yang terlalu jauh daripada kediaman mereka.

Dalam pada itu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Merah, Noordin Omar, berkata sekiranya keadaan banjir bertambah buruk, pihaknya menjangkakan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bakal di buka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");