Berita Hari Ini

Mangsa Banjir Di Kerian Meningkat Lebih 100 Orang

IPOH – Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di daerah Kerian meningkat kepada 112 orang setakat jam 8 pagi ini berbanding 84 orang petang semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, semua penduduk daripada 26 keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak yang dibuka sejak Isnin lalu.

Sementara itu, sebuah PPS turut dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Teras, Ijok dekat Batu Kurau, Selama susulan tanah runtuh semalam.

Difahamkan tanah runtuh akibat hujan lebat petang semalam menyebabkan tiga rumah terjejas selain turut meragut nyawa seorang lelaki warga emas. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");