Berita Hari Ini

Mangsa Banjir Di Perak Terus Meningkat

IPOH: Bilangan mangsa banjir di Perak bertambah kepada seramai 723 mangsa membabitkan 183 keluarga dan ditempatkan di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata jumlah mangsa meningkat berbanding 642 mangsa membabitkan 162 keluarga petang semalam.

“Cuaca dalam keadaan baik pagi ini, hanya kawasan Bidor dalam daerah Batang Padang sahaja mengalami hujan.

“Seramai 36 orang daripada 12 keluarga ke PPS di Dewan Orang Ramai Sungai Klah Baru yang dibuka semula pada jam 10.30 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataannya di sini pagi ini.

Katanya, bilangan mangsa banjir di daerah Hilir Perak kekal tertinggi dengan mencatat 341 mangsa membabitkan 89 keluarga ditempatkan di tiga PPS di SK Changkat Jong, Dewan MPTI Langkap dan SK Dato’ Yahya Subban memetik BHarian.

“Mangsa banjir di daerah Kerian juga meningkat kepada seramai 275 mangsa daripada 68 keluarga ditempatkan di dua PPS di SK Changkat Lobak dan Dewan Parit Hj Aman.

“Daerah Manjung pula menempatkan 71 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");