Perak Hari Ini

Mangsa Banjir Dipindahkan Di Perak Meningkat Kepada 272 Penduduk

IPOH: Seramai 272 penduduk membabitkan 80 keluarga dari dua daerah negeri ini terpaksa dipindahkan akibat banjir susulan hujan lebat setakat jam 6 petang tadi.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding 194 penduduk membabitkan 58 keluarga dari tiga daerah yang dipindahkan.

Seramai 191 mangsa daripada 53 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan.

Pada jam 7.30 pagi, seramai 92 mangsa ditempatkan di PPS berkenaan.

Kawasan terjejas ialah Kampung Batu 9, Batu 7, Batu 8, Lorong Mesra Batu 7 1/2, Batu 8 (Lorong Sidang Osman) dan Batu 8 (belakang Klinik Desa).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam satu kenyataan, hari ini, berkata bilangan mangsa meningkat berikutan air Sungai Sungkai dan Sungkai Bidor yang meningkat akibat hujan berterusan semalam sehingga melimpah ke penempatan penduduk.

Di daerah Batang Padang pula, seramai 81 penduduk membabitkan 27 keluarga masih kekal berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Klah Baru, Sungkai.

Sementara itu, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Malau, Lenggong di daerah Hulu Perak yang dibuka malam tadi sudah ditutup pada jam 10.30 pagi tadi dan semua 21 mangsa sudah kembali ke rumah masing-masing.

Menurut kenyataan sekretariat berkenaan, PPS SK Changkat Jong dibuka pada jam 11 malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir daripada 23 keluarga, sebelum semakin meningkat pada petang ini.

“Di daerah Batang Padang pula, bilangan penduduk dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Klah Baru meningkat kepada 81 orang daripada 27 keluarga, pagi ini, berbanding 72 mangsa pada malam tadi,” katanya.

Katanya, ia susulan paras air Sungai Klah meningkat dan melimpah menyebabkan beberapa rumah dimasuki air.

Namun, air yang menenggelami laluan utama kampung terbabit sudah surut, tengah malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");