Perak Hari Ini

MBI Anjur Perlawanan Bowling, Erat Hubungan Bersama Pengamal Media

IPOH – Seramai 58 orang pengamal media dan Pegawai Kanan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menyertai Perlawanan Bowling MBI Bersama Media 2019 di Ampang Superbowl, Ipoh Parade, di sini, pada Isnin.

Kejohanan yang disempurnakan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pengamal media dan Pegawai Kanan MBI di Bandaraya Ipoh.

Dalam pertandingan tersebut, tempat pertama kategori individu telah dimenangi oleh Pengurus Besar UTC Perak, Musa Dun, manakala tempat pertama kategori berpasangan pula turut dimenangi beliau bersama-sama Ahmad Suaidi.

Wakil-wakil media yang hadir juga tidak ketinggalan memenangi hadiah berupa barangan elektrik, hamper dan saguhati selepas berakhirnya perlawanan.

MBI dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sentiasa menganjurkan program sukan seumpama itu yang mana secara tidak langsung akan memberi peluang kepada pengamal media dan Pegawai Kanan MBI untuk berinteraksi dalam suasana santai.

“Semoga program sukan seumpama ini juga akan terus mengekalkan hubungan baik yang selama ini terjalin antara warga MBI dan pengamal media,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");