Perak Hari Ini

MBI Juara Sukan Kerajaan Tempatan Perak 2019

IPOH: Tuan rumah, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Kerajaan Tempatan (SKT) Perak 2019.

Menerusi satu kenyataan, MBI telah memperolehi 24 mata hasil pungutan 12 pingat emas, lapan perak dan empat gangsa.

 

Selain itu Majlis Perbandaran Taiping berjaya menduduki tempat kedua dengan 15 mata hasil pungutan empat pingat emas, lapan perak dan tiga gangsa.

Di tempat ketiga, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar pula berjaya memperoleh 11 mata, hasil pungutan empat pingat emas, dua perak dan lima gangsa.

Majlis Perasmian Penutup SKT Perak 2019 yang diadakan di Stadium Perak pada Ahad telah disempurnakan Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, Datuk Abu Bakar Said yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri.

Temasya sukan yang berlangsung bermula 27 September sehingga 6 Oktober itu mempertandingkan 13 acara dan 26 pingat emas selain melibatkan 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pada acara penutup tersebut, turut diadakan acara penyerahan Bendera SKT Perak 2019 antara Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Borhan Abdul Halim.

SKT Perak 2021 bagi Edisi Ke-8 akan menyaksikan Taiping sebagai tuan rumah penganjuran.

Terdahulu, sebelum SKT Perak 2019 Edisi Ke-7 melabuhkan tirainya, telah berlangsung perlawanan akhir acara bola sepak antara MBI dengan Majlis Daerah Kerian.

MBI telah berjaya menundukkan lawan dengan hasil jaringan 4-0 dan sekali gus memperolehi pingat emas pada acara tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");