Perak Hari Ini

MBI Lancar Manual DCP Kurangkan Birokrasi

IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh hari ini telah melancarkan Manual Urusan Mendapatkan Permit Pembinaan ataupun Dealing With Construction Permit (DCP) bagi memberi manfaat kepada satu sistem yang lebih efisien dan berkesan.

Kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, proses penyelarasan tersebut akan membantu dalam memudah dan mempercepatkan proses kelulusan permit pembinaan bagi projek-projek berskala kecil bukan kediaman di kawasan MBI.

“Manual DCP ini berjaya mengurangkan jumlah proses yang terlibat bagi mendapatkan kelulusan permit daripada enam proses kepada lima proses sahaja.

“Setelah program dilancarkan, ia juga dapat mengurangkan jumlah prosedur iaitu dari 38 prosedur kepada 10 prosedur bagi pemajuan projek berskala kecil bukan kediaman.,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Manual Urusan Mendapatkan Permit Pembinaan bagi MBI, di Hotel Weil, hari ini.

Dalam pada itu, tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kualiti serta kecekapan dalam urusan kelulusan permit pembinaan sebagai usaha meningkatkan kedudukan Malaysia ke tahap yang lebih baik dalam urusan Permit Pembinaan melalui penilaian Easy of Doing Bussiness yang dilaksanakan oleh Bank Dunia

Peneraju Utama Negeri Urusan Permit Pembinaan (DCP) yang merupakan inisiatif daripada Pelan Transformasi Urusan Permit Pembinaan (CITP) 2016 hingga 2019.

Katanya, terdapat enam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang turut terlibat antaranya Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Sebarang Perai, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Bandaraya Shah Alam termasuk MBI sendiri.

“Penambahbaikan berterusan kepada sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan bukan hanya memberi impak kepada keberkesanan pekhidmatan, penjimatan kos dan peningkatan hasil malah akan meningkatkan imej perkhidmatan awam khusunya di negeri ini.

“Penyediaan manual ini melibatkan kajian semula terhadap peraturan dan proses kerja yang terlibat dalam memberi kelulusan pembangunan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");