Berita Hari Ini

Melacurkan Diri, Dua Wanita Didenda RM5,000

DUA wanita masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana melacurkan diri di hotel di daerah ini.

Menurut laporan Harian Metro, dua tertuduh, Nur Amalina Abd Malek, 25, dan Norshamimi Zakaria, 29, turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas dua tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut melakukan Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melakukan persundalan.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, mereka didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di hotel di Batu Buruk, di sini, antara 9 malam dan 10.30 malam pada 30 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua wanita yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran ditangkap hasil serbuan di hotel di Batu Buruk, di sini.

Wanita berusia 25 dan 29 tahun terbabit ditangkap sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hasil serbuan 10.30 malam.

Siasatan awal mendapati kedua-dua wanita itu mencari pelanggan dengan menawarkan khidmat seks melalui aplikasi MiChat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");