Berita Hari Ini

Melayu Akan Adil Jika Pegang Ajaran Islam

SHAH ALAM: Masyarakat Melayu akan berlaku adil sekiranya pegangan Islam yang menjadi pilihan mereka.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kadang kala umat Islam juga lupa bahawa kekuatan Islam itu sendiri yang akan memecahkan tembok perkauman yang sempit.

Katanya, Islam sendiri menekankan kepada keadilan dan kemanusiaan malah dalam sejarah Islam sendiri menyebut mengenai peranan orang bukan Islam termasuk dalam peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah yang turut dibantu bukan Islam.

“Cakap soal kemanusiaan kita dilatih dalam agama. Sahabat menyebut Bilal itu anak orang kulit hitam.

“Kalau kita letak ideal kemanusiaan, panggil anak orang kulit hitam pun dilarang dalam Islam kerana nada itu sedikit menghina,” katanya ketika menyampaikan Pidato Pembinaan Bangsa Malaysia, di Seminar Nasional Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa dan Budaya Damai, di sini, malam tadi, lapr BH Online.

Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar.

Anwar juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwanya berfahaman liberal apabila beliau juga memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina dan India.

Katanya, beliau berbuat demikian untuk membantu setiap masyarakat yang layak dibantu.

Menyentuh isu kenyataan sesetengah pihak bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dikatakan membantu masyarakat Melayu, Anwar berkata, selepas ia diperkenalkan, jurang miskin kaya di negara ini termasuk dalam masyarakat Melayu sendiri lebih parah berbanding pada 1971.

Katanya, dengan adanya DEB, jurang masyarakat Melayu miskin dan kaya menjadi lebih teruk.

“Yang saya nak tekankan, bagi orang yang mahukan DEB kekal untuk membantu orang Melayu, kita tidak cakap ia gagal tetapi ia tidak berhasil,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");