Perak Hari Ini

Menteri Serah Kepada Pihak Polis Dakwaan Terlibat LTTE

IPOH- Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis sepenuhnya mengenai dakwaan gambar beliau yang tersebar berkaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Katanya, tidak adil baginya apabila ada pihak membuat tuduhan terhadap sesorang itu terbabit dengan mana-mana kumpulan pengganas hanya berdasarkan gambar yang tersebar di laman sosial.

“Jikalau gambar tersebut boleh menceritakan situasi sebenar sudah tentu akan ada penerangan.

“Jangan mudah percaya dengan internet kerana semua orang boleh membuat andaian sendiri melalui gambar berkenaan kerana mereka boleh kata sama ada ianya A, B atau C.

“Kebanyakkan gambar di internet tidak semua orang tahu akan kesahihannya dan ianya sangat tidak adil untuk bertanyakan kepada saya sama ada saya terlibat atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Karnival Prihatin JobsMalaysia 2019 di Movie Animation Park Studios, di sini, hari ini.

Kulasegaran berkata demikian ketika menjawab mengenai penularan gambarnya di media sosial yang didakwa kononnya bersama pemimpin kanan LTTE.

Tegas Kula lagi, beliau juga tidak boleh menjangkakan siapa individu yang membuat tuduhan berkenaan.

“Mana-mana individu yang menggunakan aplikasi Whatsapp bebas untuk menyebarkan maklumat yang salah untuk menipu ramai orang dan akhirnya ramai yang percaya berita tersebut.

“Tetapi apabila saya menafikan perkara tersebut, saya pula dituduh menipu,” katanya.

Jelas beliau, biarlah pihak polis yang menjalankan tugas mereka kerana dari maklumat yang beliau terima, pihak polis ada bukti yang kukuh.

Sementara itu, beliau turut bersimpati terhadap mangsa tetapi pendirian beliau apa yang berlaku di negara lain adalah urusan dalaman mereka.

Terdahulu, Media turut melaporkan polis telah menahan tujuh individu, termasuk dua Adun dari Melaka dan Negeri Sembilan, atas dakwaan terlibat dengan kumpulan LTTE.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");