Perak Hari Ini

Minuman Keras Tidak Tersenarai Barangan Bebas Cukai Di Pulau Pangkor

IPOH: Kerajaan Perak menjelaskan bahawa minuman beralkohol atau minuman keras tidak akan dimasukkan ke dalam senarai barangan yang dikecualikan cukai apabila Pulau Pangkor sepenuhya dijadikan pulau bebas cukai menjelang Januari 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

“Setakat ini kerajaan telah berbincang dengan kita untuk tidak memasukkan minuman seperti arah ke dalam senarai barangan yang di kecualikan cukai di Pulau Pangkor

“Kerajaan persekutuan telah pun menerima pandangan-pandangan daripada kerajaan negeri berkenaan hal ini,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri telah memperuntukkan sekitar RM 5 juta bagi tujuan memperindahkan dan menaik taraf infrastruktur di Pulau Pangkor bagi tujuan keselesaan para pelancong.

Katanya antara kerja-kerja yang terlibat termasuk menaik taraf jalan raya dan laluan pejalan kaki di pulau tersebut.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata Majlis Perbandaran Manjung juga kini sedang giat menarik syarikat dan pihak-pihak yang terlibat perniagaan secara bebas cukai untuk membuka premis mereka di Pulau Pangkor.

“Kita kini juga sedang gigih bekerjasama untuk memperbanyakkan lagi hotel di pulau tersebut.

“Pada masa sama, kita juga turut sedang mengalakkan lebih ramai pelabur sama ada dari dalam mahupun luar negara untuk melabur di Pulau Pangkor supaya kita lebih bersedia untuk menaiktaraf prasarana untuk pelancong kita di sana,” katanya.

Pada perkembangan sama, berhubung Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Menteri Besar berkata usaha sama antara pihak kerajaan dengan syarikat swasta akan diadakan bagi tujuan memanjangkan landasan serta menambah lagi banyak laluan penerbangan antarabangsa.

Beliau berkata bercakap kepada pemberita pada program Ipoh Car Free Day di sini, hari ini.

Acara yang memasuki edisi ke-45 penganjuran itu menjadikan Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa sebagai tema.

Program yang turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi itu juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi terkenal tanah air Hael Husaini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");