Membawang Hari Ini

Muzikal Frozen Dipentaskan Di Sydney

SYDNEY: Sydney dipilih bandar pertama di luar Amerika Syarikat (AS) untuk pementasan muzikal Frozen, lapor agensi berita Xinhua.

Dikeluarkan pada 2013 filem animasi itu berjaya menarik minat kanak-kanak dan mencatat jualan pecah panggung dengan kutipan lebih US$ 1 bilion sebelum diatasi Lion King pada 2019.

Menteri Pelancongan Stuart Ayres berkata pementasan filem itu yang sebelum ini telah menawan hati penonton di Broadway akan memperkukuhkan lagi reputasi bandar raya itu.

“Dijangka menarik kira-kira 73,000 pelawat ke Harbour City, menyuntik lebih AUD46 juta (US$ 32 juta) dalam ekonomi negara,” katanya.

Tiket masih dijual pada Jumaat dan dijangka habis dalam waktu terdekat.

“Sejak mengumumkan Muzikal Frozen akan diadakan di Sydney pada Julai 2020, sambutan menggalakkan diterima,” kata Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan The Walt Disney Company (Australia & New Zealand) Kylie Watson-Wheeler.

“Sesuatu amat mengujakan apabila Australia menjadi destinasi antarabangsa pertama dan tidak sabar untuk mempersembahkan filem itu di Teater Capitol Sydney.”

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");