Berita Hari Ini

NIA Buat Kenyataan Semberono, Kata Zakir Naik

PENCERAMAH dari India Zakir Naik menuduh Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) berbohong ketika mengaitkannya dengan keganasan dan memintanya untuk “berhenti memburu ahli sihir”.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menuduh NIA tidak professional dan tidak beretika, membuat “kenyataan semberono” mengenainya tanpa sebarang bukti atau keterangan.

“Tidak ada tempat dan saya ulangi, tidak ada tempat untuk saya menggalakkan keganasan,” katanya.

Zakir yang dikehendaki di India atas tuduhan keganasan dan pengubahan wang haram diberikan pelindungan di Malaysia.

Beliau berkata agensi itu telah menghabiskan masa lebih tiga tahun menyiasatnya dan membuat tuduhan terbuka mengaitkannya dengan keganasan tanpa memiliki bukti sokongan.

“NIA, Biro Penyiasatan India (CBI) dan polis telah menghabiskan masa lebih tiga tahun menyiasat beribu-ribu video, ucapan dan bahan bercetak saya tetapi tidak membuat satu kenyataan sekali pun mengenai video atau bertulis mengatakan saya mempromosikan keganasan.

“Namun mendakwa 127 individu yang ditahan kerana terlibat aktiviti keganasan telah dipengaruhi oleh saya,” katanya.

Zakir berkata, ia merupakan satu pembohonan terang-terangan.

Beliau menambah, hanya mengikuti seseorang di media sosial tidak menjadikan orang itu pengganas.

Beliau berkata NIA tidak dapat menunjukkan kepadanya satu kandungan video atau kenyataan yang boleh dikatakan menggalakkan keganasan terhadap 127 individu berkenaan.

“Beribu-ribu muat naik di Facebook dan video YouTube, Nia perlu menunjukkan kenyataan atau video yang menggalakkan keganasan atau menyokong ISIS,” katanya.

Zakir berkata hakim tribunal rayuan telah membuat pemerhatian terhadap petisyen Direktorat Penguatkuasaan (ED) untuk merampas hartanya.

Beliau merujuk kepada permohonan ED untuk merampas harta bernilai Rs16.4 crore (RM9.6juta) di Mumbai dan Pune di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram berkaitan dengan kes keganasan yang dikaitkan dengannya. – 16 Oktober, 2019.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");