Perak Hari Ini

Nikmati Promosi ETS Kelas Pertama Hingga November

IPOH- Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Berhad baru sahaja melancarkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kelas Pertama bagi memberi keselesaan kepada penumpangnya bermula pada 11 Oktober ini.

Menurut Pusat Panggilan Perhidmatan Pelanggannya, Nur Shahirah Zulkafli, promosi pelancaran ETS kelas pertama julung kali ini menawarkan promosi harga yang menarik kepada pelanggan.

Katanya, penumpang perlu menjadikan perjalanan ETS kelas pertama ini sebagai pilihan kerana kelainan yang dibawa oleh pihak KTM dari segi keselesaan tempat duduk.

“Pihak KTM memberikan kelainan dari segi tempat duduk dengan satu sofa serta tempat duduk dua sofa yang berasingan dari koc tren yang lain.

“Kelebihan tempat duduk satu sofa yang disediakan adalah ianya boleh dipusing dan dapat mengikut arah perjalanan tren dan ianya tidak sama seperti perjalana yang sebelum ini.

“Koc kelas pertama hanya tersedia di koc A sahaja yang mana terhad dengan bilangan tempat duduk sebanyak 36 tempat iaitu sebanyak 12 tempat duduk tunggal dan selebihnya adalah dua tempat duduk

“Koc seterusnya terdiri dari kelas ‘Platinum’, ‘Gold’ serta kelas-kelas seterusnya yang sedia ada,” katanya ketika dihubungi pemberita Perak Today hari ini.

Tambah beliau, kelebihan menaiki ETS kelas pertama adalah, pada setiap kali perjalanan, penumpang akan dihidangkan dengan satu hidangan makanan yang mana mereka akan dilayan oleh pramugara atau pramugari sama seperti berada di dalam kapal terbang.

“Sepanjang perjalan, penumpang juga akan dibekalkan dengan bantal leher, ‘headphone’ dan yang paling menarik adalah adanya mini skrin untuk tontonan penumpang sepanjang perjalanan,” ulas beliau.

Dalam pada itu katanya, promosi pelancaran yang dinyatakan akan berlangsung sehingga 30 November tetapi pembelian tiket hanya akan dibuka dari 1 Oktober sehingga 30 oktober ini sahaja.

Menurut beliau, perjalanan ETS kelas pertama pada ini hanya untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar sahaja yang mana tidak melibatkan perjalanan lain.

“Antara perhentian yang terlibat bagi perjalanan tersebut adalah, Kampar, Baru Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar sahaja,” katanya.

Jelas beliau, pihak KTM juga telah menetapkan golongan yang layak menerima potongan harga sebanyak 50 peratus bagi perjalanan dewasa termasuk kanan-kanak yang berumur dari 4 hingga 12.

“Pemberian 50 peratus turut akan dinikmati oleh warga emas yang berusia 60 tahun dan keatas, pesara kerajaan serta isteri dan golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) sahaja,” jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");