Berita Hari Ini

Orang Melayu Perlu Sedar, Muhasabah, Kata Abdul Hadi

SHAH ALAM – Orang Melayu perlu muhasabah dan menerima positif kritikan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai sikap Melayu itu sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, justeru orang Melayu perlu sedar dan segera merawat ‘penyakit’ itu.

“Marilah kita bersikap terbuka mendengar ucapan pihak lain yang juga Melayu Islam seperti kita.

“Muhasabah diri wajib dilakukan walaupun adanya kritikan yang keras dan pahit kerana mungkin tidak dirasai atau tidak disedari ada lagi penyakit dalam diri bangsa Melayu yang wajib dilakukan rawatan segera apatah lagi penyakit leka yang tidak menyedarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, usaha bagi memulihkan sikap orang Melayu perlu dilakukan secara menyeluruh supaya menjadi bangsa yang bermaruah lapor Sinar Harian.

“Lebih malang lagi kalau marahkan orang yang menyedarkan kita supaya bangkit daripada tidur nyenyak tanpa sedar diri.

“Fahamilah apa yang tersurat dan tersirat dalam dua himpunan tersebut yang mendedahkan penyakit yang dialami oleh bangsa Melayu yang beragama Islam ini.

“Jangan hanya menadah telinga dan bertepuk tangan tanpa muhasabah diri sendiri serta tanamkan dalam diri kesedaran dan keinsafan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");