Perak Hari Ini

Pameran Kerjaya UTP CCE 2019 Bakal Dianjurkan November Depan

IPOH: Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-19, Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan menganjurkan pameran kerjaya, Corporate Career Exposure (CCE) 2019 selama dua hari bermula 16 November depan.

Dalam satu kenyataan, acara yang dianjurkan Pusat Pembangunan Kerjaya UTP itu akan berlangsung di Kompleks Canselor UTP, Seri Iskandar.

Bertemakan “Unlock True Potential with UTP”, penganjuran CCE 2019 menyasarkan kehadiran 5,000 pengunjung dan penyertaan 30 syarikat korporat.

“Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan syarikat-syarikat korporat terkemuka kepada graduan dan bakal graduan di Malaysia.

“Selain itu, CCE juga merupakan platform kepada graduan dan bakal graduan untuk mendapatkan peluang penempatan latihan industri mahupun pekerjaan,” katanya.

Selain itu, sepanjang acara CCE berlangsung, para pengunjung berpeluang untuk berinteraksi dengan pemimpin korporat dan wakil sumber manusia kanan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

“CCE membuka ruang ini agar para pengunjung dapat memperoleh maklumat berkaitan peluang pekerjaan dan kriteria yang diperlukan oleh industri di pasaran masa kini seterusnya merancang pemilihan kerjaya bersesuaian,” katanya lagi.

Sejak penubuhannya pada tahun 2001, CCE telah menjadi platform bagi para pelajar untuk mencari peluang pekerjaan, serta mendedahkan diri kepada syarikat tempatan dan syarikat multinasional.

Antara syarikat dan agensi yang pernah bekerjasama dengan CCE sebelum ini termasuk Petronas, DRB Hicom, Ahmad Zaki Resources Bhd, Public Bank, UEM Sunrise Bhd, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan sebagainya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");