Perak Hari Ini

Pandangan Mahu Singkir Komponen Parti Dalam PH Tidak Munasabah, Pendek Akal – Howard

IPOH: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan menyelar tindakan pihak yang berpandangan mahu menyingkirkan mana-mana parti komponen yang berada dalam Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Howard Lee Chuan How malah menyifatkan ia sebagai suatu tindakan yang ‘pendek akal’ dan tidak munasabah.

“PH telah menjayakan pelbagai agenda rakyat sejak kemenangan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14). Pencapaian ini tidak dapat diperoleh tanpa sokongan padu semua parti komponen PH.

“Tiada siapa pun dalam PH boleh mendesak mana-mana parti komponen sama ada DAP, BERSATU, AMANAH atau KEADILAN untuk disisihkan daripada gabungan ini.

“Seruan untuk bentuk kerajaan tanpa mana-mana parti komponen dalam PH adalah satu pandangan yang pendek akal dan tidak munasabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Howard yang juga Exco Kerajaan Perak menyokong tindakan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang mahu merujuk Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu kepada jawatankuasa disiplin parti atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Ujar Howard, setiap parti mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing dengan nilai tersendiri dalam bentuk kepimpinan negara.

Katanya tindakan yang mahu memecahbelahkan dalam kalangan komponen parti PH adalah disifatkan sebagai perangkap oleh pihak yang meletakkan kepentingan politik peribadi mengatasi agenda negara.

Tambah beliau pada masa kini semua pihak diseru untuk memberi fokus kepada agenda reformasi pentadbiran dan institusi awam agar rakyat dapat menikmati kemakmuran bersama.

“Setiap parti mempunyai kaedah tatatertib tersendiri dalam menguruskan sebarang pertikaian disiplin anggota-anggotanya.

“Perlu diingatkan semua pihak luar untuk tidak masuk campur urusan dalaman parti.

“Setiap pertikaian antara parti perlu dirujuk kepada kepimpinan tertinggi Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Semua pihak perlu menghormati mekanisme yang telah ditentukan ini supaya ia dapat menjalankan fungsinya sebaik mungkin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");