Panasnya Hari Ini

PAS Setuju Calon BN Di PRK Tanjung Piai

KUALA LUMPUR: PAS bersetuju dengan calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu yakin pemilihan calon BN dari parti MCA, Datuk Wee Jeck Seng dibuat berdasarkan kepentingan setempat di Parlimen Tanjung Piai.

“Adalah diharap ia menjadi formula terbaik untuk meraih undi bagi menguatkan suara pembangkang di peringkat nasional, seterusnya membawa pendekatan politik matang yang tidak melampau,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Takiyuddin berkata, sokongan ini juga adalah selaras dengan persefahaman yang dipersetujui dalam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS yang ditandatangani pada 14 September lalu.

“PAS juga akan menghantar wakil dalam kalangan pimpinan kanan parti untuk menghadiri Hari Penamaan Calon pada Sabtu ini sebagai sokongan kepada calon pembangkang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");