Perak Hari Ini

Pejabat Menteri Besar Perak Nafi Dakwaan Kerajaan Negeri Ceroboh Tanah Orang Asli

IPOH- Kerajaan Negeri menegaskan bahawa tidak ada kawasan penempatan atau tanah Orang Asli yang telah diceroboh bagi memberi laluan kepada aktiviti pembalakan, seperti yang didakwa.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan berkata, semua permit pembalakan dikeluarkan bagi kawasan hutan simpan yang dibenarkan tidak melibatkan kawasan penempatan Orang Asli sedia ada.

“Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat kepentingan masyarakat Orang Asli dan setakat ini telah merizabkan hampir 14,000 hektar tanah melibatkan 70 penempatan komuniti Orang Asli di bawah Akta Orang Asal 1954.

“Kebanyakan tanah rizab ini terletak di kawasan hutan simpan melibatkan kawasan penempatan, kawasan pertanian dan kawasan rayau,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, menerusi satu penulisan di sebuah portal pada 29 September lalu mendakwa bahawa telah berlakunya aktiviti pembalakan haram secara berleluasa di kawasan penempatan Orang Asli di Perak dan tiada sebarang tindakan oleh kerajaan negeri.

Pejabat Menteri Besar Perak berkata, Kerajaan negeri sentiasa sedia mendengar cadangan dan kritikan membina untuk memelihara kepentingan negeri dan rakyat, tetapi ia hanya dapat memberi manfaat kepada semua pihak jika sebarang surat dari pembaca diterbitkan selepas melalui proses semakan fakta yang wajar.

“Kerajaan negeri juga telah mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) untuk mengambil penempatan Orang Asli sebagai kampung angkat.

“Program kampung akan tersebut adalah untuk memperkasa pendidikan, latihan kemahiran, aktiviti ekonomi dan pelbagai inisiatif lain telah digerakkan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri telah memulakan proses untuk meluluskan tambahan 5,176 hektar tanah rizab untuk 27 penempatan Orang Asli di Perak yang mana jumlah keluasan tanah rizab untuk komuniti Orang Asli adalah yang terbesar oleh mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia.

“Beberapa aktiviti pembalakan turun dihentikan sementara seperti yang berlaku di Hulu Perak pada awal tahun ini susulan laporan mengenai pencemaran di Sungai Rui.

“Begitu juga aktiviti pembalakan di kawasan Sungai Papan, Hulu Perak yang mana kerajaan negeri memutuskan untuk mengentikan sementara semua sehingga perbincangan mengenai isu yang dibangkitkan oleh komuniti Orang Asli diselesaikan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");