Perak Hari Ini

Pekerja Maut, Syarikat Kuari Dan Solar Didenda RM40,000

IPOH- Dua buah syarikat didenda sebanyak RM40,000 bagi setiap syarikat selepas didapati cuai sehingga menyebabkan pekerja maut semasa menjalankan kerja.

Telaga Setia Sdn Bhd sebuah syarikat solar dan Noble Distinction (M) Sdn Bhd sebuah syarikat kuari sebagai majikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak selepas berdepan pertuduhan di bawah
Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesahihan Pekerjaan 1994.

Berdasarkan fakta kes, syarikat Telaga Setia didapati gagal mengadakan sistem kerja selamat sehingga menyebabkan seorang subkontraktor warganegara Bangladesh jatuh dari bumbung pada ketinggian lebih kurang 9.9 meter ke lantai ketika sedang memasang struktur pemasangan untuk panel solar PV mengalami kecederaan serius di kepala.

Dalam pada itu, syarikat Noble Distinction pula gagal memastikan kehadiran pekerja pemantau semasa pemandu penggalinya melakukan kerja-kerja mengisi batu ke dalam lori hingga mengakibatkan runtuhan batu bukit di kaki bukit sebelah kanan muka kuari.

Kedua-dua syarikat berkenaan sebagai majikan gagal mengadakan sistem kerja selamat untuk kerja-kerja pemasangan sistem solar PV dan gagal menyediakan prosedur kerja selamat (SOP) untuk memantau keadaan bukit ketika kerja-kerja dijalankan di kawasan kaki bukit terutamanya selepas aktiviti perletupan dijalankan.

Pengarah Urusan Telaga Setia Sdn Bhd, Chia Weng Chuen, 50, dan Cheong Kar Hai, 33, mewakili Noble Distinction (M) Sdn Bhd mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atas kedua-dua mereka.

Hakim Norashima Khalid kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM40,000 atau lapan bulan penjara jika denda gagal dibayar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Perak, Fazira Azita Abdul Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");