Perak Hari Ini

Pekerja Warga Tempatan Maut, Syarikat Pembuatan Didenda RM30 Ribu

IPOH– Sebuah syarikat pembuatan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh selepas didapati cuai sehingga menyebabkan seorang pekerja warga tempatan maut.

Sapura Fabrication Sdn Bhd berhadapan tuduhan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Berdasarkan kepada fakta kes, Sapura Fabrication sebagai majikan gagal memastikan pemeriksaan ke atas webbing sling bernombor siri B43636 dijalankan sebelum digunakan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan maut melibatkan seorang pekerjanya warganegara tempatan berusia 28 tahun.

Kemalangan berlaku pada 3 Julai 2019, lebih kurang pada jam 3.35 petang di mana webbing sling yang digunakan telah putus menyebabkan mangsa dihempap saddle support seberat satu tan sehinggakan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan dan disahkan maut di tempat kejadian.

Sapura Fabrication Sdn Bhd sebagai majikan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norashima Khalid dan telah dijatuhkan hukuman denda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JKKP Perak, Shahrill Sulaiman dan syarikat diwakili peguam Gary Xavier.

Penyiasatan terhadap kes telah dijalankan oleh pegawai penyiasat JKKP Perak yang diketuai oleh Mohd Zarimy Zulkafli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");