Sukan Hari Ini

Peluang Liverpool Tambah Derita United

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris berkunjung ke Old Trafford Ahad untuk berdepan Manchester United dengan peluang lebih cerah melakar kemenangan di tempat lawan.

Liverpool hanya menang lima kali di United dalam era Liga Perdana Inggeris dan Red Devils menang perlawanan itu 16 kali tetapi jurang di antara kedua-dua pasukan semakin melebar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketika skuad kendalian Juergen Klopp mencatat rekod 100 peratus dalam Liga Perdana, United hanya menang dua kali di liga berkenaan musim ini dan selepas tewas 0-1 kepada Newcastle United, mereka jatuh ke tangga ke-12, 15 mata di belakang musuh ketat mereka itu.

Menambah luka United, mereka terpaksa beraksi tanpa penjaga gol David de Gea yang mengalami kecederaan pangkal paha dalam aksi antarabangsa mewakili Sepanyol.

“David perlukan imbasan. Saya fikir dia tidak akan beraksi. Kelihatannya begitulah,” kata pengurus Ole Gunnar Solskjaer, lapor Harian Metro.

Penjaga gol Argentina Sergio Romero dijangka menggantikan De Gea dan bakal menjadi lebih sibuk berdepan serangan bertali arus anak buah Klopp.

Pemain tengah Perancis Paul Pogba masih belum pulih daripada kecederaan buku lali tetapi apa yang menggembirakan adalah status kecergasan penyerang Anthony Martial serta pertahanan Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka.

Juara bertahan Manchester City berdepan aksi mencabar di Selhurst Park untuk menentang Crystal Palace yang menewaskan mereka di Etihad pada Januari.

City ketinggalan lapan mata berbanding Liverpool. Palace hanya dua mata di belakang City di tangga keenam selepas bermula baik musim ini, tetapi perlawanan ini adalah yang pertama daripada lima perlawanan menentang lima pasukan di atas mereka.

Tottenham Hotspur, tewas 0-3 kepada Brighton & Hove Albion sebelum ini tekad melakukan kebangkitan ke atas pasukan bawahan Watford.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");